Sep 30, 2009

Sedikit ilmu untuk dikongsi..

Satu hari tu kakak ipar aku (Kak Ela) ada bertanya, apa hukumnya kalau kita pakai pendakap gigi.. atau orang panggil braces.. yang dipakai untuk membetulkan gigi supaya tersusun cantik.. adakah ini dikira mengubah kejadian Allah? Masa tu aku terpinga2, tak penah plak aku dengar hukumnya selama ini, dan tak penah ada orang tanya aku apatah lagi aku tanya ustaz2 aku.. hehe.. jadi aku pun duk mencari2 jawapannya, hinggalah aku mendapat tau jawapannya...

Sebenarnya memakai pendakap gigi bukanlah salah satu perlakuan mengubah kejadian Allah dan hukumnya adalah harus.. Ooo yeke... baru tahu.. itulah yang bermain2 di dalam fikiran aku bila mengetahuinya.. ini kerana kebiasaanya orang yang memakai pendakap gigi ini adalah untuk merapatkan atau meratakan kedudukan gigi seseorang yang tidak elok atau tidak cantik.. Malahan Allah sendiri menyukai kecantikan, seperti sabda Rasulullah s.a.w : Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan yang cantik lagi indah.. (Riwayat Muslim)..

Ada satu lagi persoalan yang sering timbul di fikiran kita terutamanya kaum wanita yang semestinya akan datang haid setiap bulan.. kadang2 kita tengok bila dah 5-6 hari datang haid, masing2 kukunya dah macam pontianak (ops!).. panjang... sampai kalau dorang sediakan makanan atau minuman kita sendiri geli nak makan.. hehe..

Kenapa ye, kalau datang haid, dorang takut nk potong kuku? (Aku dulu pun macam tu jugak, bila tatau lagi hukum potong kuku masa haid.. hehe..).. Bukankah agama kita mementingkan kebersihan sepanjang masa? Kalau ikut logik sekalipun, xkanlah masa haid xleh potong kuku sedangkan ada dikalangan wanita yang uzur selama 15 hari! cuba bayangkan, panjang mane kuku dia pada hari ke 15, pahtu ditambah lagi sebelum uzur terlupa nak potong kuku.. adui.. hehe..

Ada jugak yang kata, anggota yang terpisah dari badan sama ada potong kuku mahupun rambut akan menuntut haknya di akhirat kelak.. takutnya dengar... kan.. tapi apa dalil nya? bersandar pada hujah apa dorang ckp macam tu? semua dalil yang diberikan adalah tidak bersandar daripada mane2 ayat di dalam kitab suci Al-Quran mahupun hadis..

Abu Ata' menyebut, dari Hadis Bukhari : Orang berjunub boleh berbekam, memotong kukunya dan mencukur rambutnya sekalipun tidak berwudu'.

Memotong kuku dan rambut ketika haid adalah dibenarkan.. Jadi lepas ni, jgnlah takut2 lagi untuk potong kuku ketika haid. Sama-samalah kita menjaga kebersihan diri.. Sesungguhnya kebersihan itu adalah sebahagian dari Iman!


p/s: kalau ada kesilapan ilmu sila beri respon.. yg baik datangnya dari Allah.. yang buruk adalah kelemahan dari diriku sendiri..