Nov 22, 2009

Nape mudah lupa ye??

Berikut ini disenaraikan perkara-perkara yang membuat ingatan kita menjadi lemah dan menumpulkan minda.

Saranan-saranan yang boleh diamalkan ;

Kurangkan makan bawang besar 
Kurangkan makan berempah 
Kurangkan makan ketumbar kering 
Kurangkan menonton hiburan 
Kurangkan membaca majalah hiburan 
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak 
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(coke,sprite dan lain2) 
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2 
Jangan makan kepala ikan 
Jangan minum air yang ada semut 
Jangan tidur selepas subuh 
Jangan tidur selepas asar 
Jangan tidur selepas makan 
Jangan makan terlalu kenyang 
Jangan makan berat selepas jam 9..00 malam 
Jangan menyapu rumah pada waktu malam 
Jangan makan yang masam-masam berlebihan 
Jangan dicampur makan laut Dan darat dalam satu hidangan 
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam 

Sebaliknya…praktikkan selalu amalan seperti dibawah ini ;

Selalu makan buah manisan seperti kurma, madu, coklat dan lain2 
Selalu makan makanan yang panas2 
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2 
Selalu minum air masak 
Selalu makan ulam-ulaman 
Selalu memandang tumbuhan/pokok hijau 
Selalu bersenam 
Selalu menggunakan imaginasi otak 
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya 
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok) kerana di situlah terdapat banyak ion2 negatif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit. 

Amacam? Leh wat x? Hehe..

Nov 21, 2009

Rahsia jari anda..

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangnlah sesekali anda abaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Kegagalan dalam mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan pula dari anda yang kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini kita akan sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa sahajalah yang akan membantu kita menunjukkan jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinyasudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakan anda akan pada waktu itu?

Sekarang anda naikkanlah pula jari ketiga, Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja telah pun meninggalkan kita tanpa dipinta. Namun begitu alam dewasa pula kian menjegah kehidupan kita. Pada peringkat umur 30-an ini seorang itu telah pun mempunyai status dan identiti dengan ekonomi diri yang bolehlah dikatakan kukuh serta mempunyai sebuah kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini begitu banyak “hantu-hantu pengacau” yang datang menggoda.. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak dalam diri sendiri, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi yang boleh wujud dalam diri anda jika anda gagal mengawal emosi ini dengan baik lantas anda terus masuk ke jerangkap NAFSU dan SYAITAN. Justeru itu amal dan ibadat haruslah dilipatgandakan!

Kita beralih pula pada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap SATU dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahkan ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan membimbing yang kaya dengan idea bernas sambil tampil dengan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari anda. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. tugasnya adalah membenarkan sesuatu mentafsir pelbagai perkara. Bak kata oranj Jawa “cap jempol” atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya mereka akan berkata “good” atau “yes” sambil menggenggam semua jari dan akan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Cubalah anda perhatikan kembali akan kelima-lima jari jemari anda itu. Renung dan fikirkanlah dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang??

Sampai sini dulu untuk kali ini.. bye2..

Nov 5, 2009

Rantaian Kasih..

Akhirnya dapat jugak aku buat rantaian kasih kuarga aku.. Sebenarnya bukan aku pun yang wat, mintak tolong 'orang' yg pakar bab2 gini watkan.. hehe.. Teringin nak gabungkan sume ahli kuarga aku dalam satu gambar. nk amek gmbar sekaligus, jgn harap.. mmg susah.. kalu dua tiga orang je xpe, ni bapa??15 orang! ramai tu, kalau nk kumpul sume mmg payah. yg paling payah skali sape lagi, din la.. adik aku yg laki tu, susah tul nk duduk2 dgn dia.. apatah lagi nk bergambar skeping dua.. umah aku ni macam hotel bagi dia, tmpat tido n makan je.. hehe.. nk cari skeping gambar dia pun payah.. adoi la.. biasa la, anak jantan.. buass ckt.. hehe..

Walo pe pun, dah ada teknologi macam2 sekarang.. yg susah kita permudahkan.. yg xde, kita adakan.. so ini lah hasilnya.. terima kasih byk2 untuk 'orang' yg mengedit gambar ni.. Lain kali tolong edit lagi.. hehe..