Sep 30, 2009

Sedikit ilmu untuk dikongsi..

Satu hari tu kakak ipar aku (Kak Ela) ada bertanya, apa hukumnya kalau kita pakai pendakap gigi.. atau orang panggil braces.. yang dipakai untuk membetulkan gigi supaya tersusun cantik.. adakah ini dikira mengubah kejadian Allah? Masa tu aku terpinga2, tak penah plak aku dengar hukumnya selama ini, dan tak penah ada orang tanya aku apatah lagi aku tanya ustaz2 aku.. hehe.. jadi aku pun duk mencari2 jawapannya, hinggalah aku mendapat tau jawapannya...

Sebenarnya memakai pendakap gigi bukanlah salah satu perlakuan mengubah kejadian Allah dan hukumnya adalah harus.. Ooo yeke... baru tahu.. itulah yang bermain2 di dalam fikiran aku bila mengetahuinya.. ini kerana kebiasaanya orang yang memakai pendakap gigi ini adalah untuk merapatkan atau meratakan kedudukan gigi seseorang yang tidak elok atau tidak cantik.. Malahan Allah sendiri menyukai kecantikan, seperti sabda Rasulullah s.a.w : Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan yang cantik lagi indah.. (Riwayat Muslim)..

Ada satu lagi persoalan yang sering timbul di fikiran kita terutamanya kaum wanita yang semestinya akan datang haid setiap bulan.. kadang2 kita tengok bila dah 5-6 hari datang haid, masing2 kukunya dah macam pontianak (ops!).. panjang... sampai kalau dorang sediakan makanan atau minuman kita sendiri geli nak makan.. hehe..

Kenapa ye, kalau datang haid, dorang takut nk potong kuku? (Aku dulu pun macam tu jugak, bila tatau lagi hukum potong kuku masa haid.. hehe..).. Bukankah agama kita mementingkan kebersihan sepanjang masa? Kalau ikut logik sekalipun, xkanlah masa haid xleh potong kuku sedangkan ada dikalangan wanita yang uzur selama 15 hari! cuba bayangkan, panjang mane kuku dia pada hari ke 15, pahtu ditambah lagi sebelum uzur terlupa nak potong kuku.. adui.. hehe..

Ada jugak yang kata, anggota yang terpisah dari badan sama ada potong kuku mahupun rambut akan menuntut haknya di akhirat kelak.. takutnya dengar... kan.. tapi apa dalil nya? bersandar pada hujah apa dorang ckp macam tu? semua dalil yang diberikan adalah tidak bersandar daripada mane2 ayat di dalam kitab suci Al-Quran mahupun hadis..

Abu Ata' menyebut, dari Hadis Bukhari : Orang berjunub boleh berbekam, memotong kukunya dan mencukur rambutnya sekalipun tidak berwudu'.

Memotong kuku dan rambut ketika haid adalah dibenarkan.. Jadi lepas ni, jgnlah takut2 lagi untuk potong kuku ketika haid. Sama-samalah kita menjaga kebersihan diri.. Sesungguhnya kebersihan itu adalah sebahagian dari Iman!


p/s: kalau ada kesilapan ilmu sila beri respon.. yg baik datangnya dari Allah.. yang buruk adalah kelemahan dari diriku sendiri..

Sep 28, 2009

Keluargaku jantung hatiku..

Inilah keluargaku, bermula dari mak ayah, abg2, kakak n adik2..

Nama ayah : Awang (haji man)
Umur : 51 tahun
Pekerjaan : Buruh

Nama emak : Habidah (kak doh)
Umur : 51 tahun
Pekerjaan : surirumah

Nama : Mohd Azwan (Abg mat)
Umur : 30 tahun
Pendidikan : Tadika KEMAS, Sekolah Pondok Rusila, Universiti Al-Azhar, Institut Pendidikan Guru Batu Rakit.
Pekerjaan : Ustaz j-QAF

Nama isteri : Roslina (Kak ros)
Umur : 28 tahun
Pekerjaan : Ustazah j-QAF

Nama : Mohd Azwadi (Abg di)
Umur : 28 tahun
Pendidikan : Tadika KEMAS, SK Bukit Perah, SMK Tun Telanai, ILP Perak.
Pekerjaan : Apa nama ntah kejenya, aku xleh nak khususkan, hehe..

Nama isteri : Wan Hidayah (Kak ela)
Umur : 26 tahun
Pekerjaan : surirumah

Nama : Nooraida (Kak Nor)
Umur : 26 tahun
Pendidikan : Tadika KEMAS, SK Bukit Perah, SMA Mahmudiah (f1-f3), SMA(Atas) Sultan Zainal Abidin (f4-f5), Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), UPSI.
Pekerjaan : Guru di Miri, Sarawak

Nama Suami : Mohd Mizan (Abg mizan)
Umur : 26 tahun
Pekerjaan : Engineer PETRONAS.

Nama : Noorsyuidah (Idah/Syui)
Umur : 21 tahun
Pendidikan : Tadika KEMAS, SK bukit Perah, Sekolah Sri Putri KL (f1-f5), Universiti Teknologi Petronas.

Nama : Mohd Nasrudin (Din)
Umur : 19 tahun
Pendidikan : Tadika KEMAS, SK Bukit Perah, SMA Mahmudiah (f1-f5), SMKA Durian Guling (f6).

Nama : Nooramirah (Mirah) - kanan
Umur : 16 tahun
Pendidikan : Tadika KEMAS, SK Bukit Perah, SK Bukit Besi, SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin.

Nama : Nurul Atikah (Kakru) - kiri
Umur : 14 tahun
Pendidikan : PASTI Bukit Perpat, SK Bukit Perah, SK Bukit Besi, SMK Ajil.

Nama : Mohd Zikri Amin (Matyi) - kanan
Umur : 11 tahun
Pendidikan : PASTI Bukit Besi, SK Bukit Besi, SK Bukit Perah.

Nama : Mohd Amirul Adli (Mirul/adik) - kiri
Umur : 6 tahun
Pendidikan : Tadika KEMAS

Inilah keluargaku.. Ramai x?? Hehe.. Kalau berkumpul sume ramai la, tapi nak berkumpul sume tu susah.. tunggu raya je la.. sekarang ni sume dah balik umah masing2, abg mat n abg di kat kemaman, kak nor kat miri, idah kat kL (praktikal), din n mirah plak dah balik asrama... tinggallah mak ayah ngan adik2 tiga orang... sunyi je umah.. =(

Sep 27, 2009

Hari Raya 2009

Mak, Mirah, Kak Nor, Aku, Kakru, Idah, Mirul, Matyi

Mirul, Ayah, Mak,Mirah, Kak Ros, Abg Mat, Kakru, Idah, Aku, Abg Di dan Kak Ela

Matyi, Aku, Mirul, Kak Ros

Raya Pertama :

Pagi2 tu aku tolong mak kat dapur.. Mak aku masak nasi minyak.. Kak Ela pulak masak rendang malam2 lagi, Kak Ros bawak balik ketupat, jadi pg tu kami makan rendang dengan ketupat n nasi minyak.. Nyam3.. Lazat..

Pahtu aku ciap2 nak g solat sunat hari raya.. Dah lama x pegi.. hehe.. yela setahun kan sekali je.. lepas ciap solat aku beraya dengan famili, bersalaman, berciuman, bermintak duit rayaan.. hehe.. dapatla jugak ckt.. ayah bagi, abg mat bagi, abg di bagi, kak nor bagi, mak pun bagi..

Dah settle suma, kami berarakan pegi umah tok wan sblh ayah, jmp mak su, mak de, mak teh, sepupu2.. pahtu g umah mak long sblh ayh.. perut dah kenyang aku pun balik.. lepas solat zuhur, kami bertolak umah tok dekat marang lak.. jmpa pak ngah, mak long sblh mak dan sepupu2..

Malam tu xramai yang datang, jadi hari ry pertama aku xlah letih sgt banding tahun2 lepas.. tahun ni bilangan ahli kuarga aku bertambah lagi 2 orang, kak ela dan abg mizan.. tahun depan mgkn ramai lagi, n makin meriah la rumah aku... hari rayalah hari yang dinanti2kan.. semua berkumpul, bergambar, bersalaman, bergelak tawa n bergaduh.. hehe.. Selamat Hari Raya!!

Sep 21, 2009

Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum.. Hari ini adalah hari raya kedua Aidilfitri iaitu 21 September 2009.. Aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin, kepada semua yang mengenali diri ini.. Pada hari ini jugalah aku mencipta blog ini, blog tentang diriku.. Kisah hidupku, familiku dan apa-apa aje lah..