Oct 14, 2009

Limau nipis?


Sape tak kenal limau nipis.. semua orang mesti kenal limau nipis.. kan.. kalu ada sape2 tak kenal, mai datang umah aku, tgkla buah limau nipis ni puas2. aku hari2 duk ngadap limau nipis, apa taknya, bukak tingkap je nampak pokok limau nipis, bukan kecik, dh macam pokok rambutan dah.. kadang-kadang, rantingnya terjuntai masuk ke bilik aku, dah selalu dh aku patahkan rantingnya.. hehe.. dah bape kali aku suruh mak ayah tebang pokoknya, tapi dorang tak nak, katanya sayang.. ye la, manenya xsayang, aku rasa buahnya tak penah putus2 berbuah, sekali kutip dapat berpuluh2 kilo... banyak tuuuu...

jadi untuk mempositifkan otak aku kepada limau2 nipis ni, aku mencari seberapa banyak khasiat dan kegunaannya untuk aku dan sesiapa saja yang ingin mengetahuinya.. selama ni, kita selalu guna limau nipis sebagai minuman, tetapi sebenarnya ada banyak lagi kegunaannya.. di antara khasiat dan kegunaan limau nipis ini adalah...

Khasiat :
1) Jus buah limau nipis dapat membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid.
2) Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan.(ni yg aku paling suka,hehe..)
3) Asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman.
4) Limau nipis mengandungi vitamin A.
5) Pembuang toksin terbesar dibandingkan buah-buah lain. Rasa masam dan unsur pectin yang terkandung di dalamnya membantu menghilangkan racun-racun dalam tubuh.
6) Meningkatkan daya tahan tubuh dari serangan virus. Vitamin C yang tinggi dari buah ini akan menyediakan antioksidan untuk menjinakkan radikal bebas dalam tubuh.
7) Sejumlah mineral, potasium di dalamnya bermanfaat untuk membantu mengatur tekanan darah dan fungsi jantung.
8) Fungsi vital di dalamnya adalah untuk memelihara kelenturan otot dan memperlancar sistem saraf.
9) Kandungan mineral yang penting pada limau nipis seperti kalsium, pospor, potasium dan besi dapat menghilangkan batuk.

Selain dijadikan minuman, terdapat pelbagai lagi kegunaannya, iaitu..

DEMAM
Petik 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

BATUK DAN SELESEMA
Ambil air limau nipis satu sudu teh. Campur dengan kicap manis. Minumlah tiga kali sehari.

MENGHENTIKAN TABIAT MEROKOK
Hisap sehiris limau nipis. Rasanya yang masam segar membuat anda terangsang untuk minum air putih. Lakukan beberapa kali sehari. Cara ini selain mengurangi keinginan untuk merokok, juga membantu membersihkan nikotin yang sudah terdapat pada gigi dan mulut.

BAU KETIAK
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang

MEWANGIKAN RAMBUT
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

KILATKAN CERMIN MATA
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.

JEMPUT-JEMPUT MENJADI LEMBUT
Untuk yg inginkan jemput2 menjadi lebih lembut & enak, cuba masukkan air perahan limau nipis (buang bijinya) ke dlm adunan tersebut. Hasilnya pasti memuaskan.

ELAKKAN KELEMUMUR
Limau nipis juga ubat kelemumur yg mujarab. Caranya potong limau nipis & tenyeh pada kulit kepala. Biarkan seberapa lama yg mungkin & bilas.

MENCUCI BARANGAN PERAK
Campurkan perahan air limau & garam ke dlm mangkuk yg berisi air & cucikan barang perak anda. Hasilnya barang perak akan berkilat.

SEGARKAN TAUGEH
Taugeh akan menjadi segar w/pun berhari2 sekiranya anda mencampurkan perahan air limau nipis ke dlm air tempat anda merendamkan taugeh. Tetapi pastikan anda menukar airnya setiap hari.

LIMAU NIPIS CANTIKKAN BADAN
Sediakan segelas air suam & masukkan tiga sudu kecil daun teh & juga sebiji air perahan limau nipis. Biarkan semalaman. Minum setengah gelas di waktu pagi & setengah gelas lagi waktu petang. Amalkan 3 kali seminggu.

MENGHILANGKAN KESAN BAU PAPAN PEMOTONG
Ambil sebiji limau nipis & kemudian di potong dua. Sapukan limau tersebut pd permukaan papan pemotong. Hasilnya bau yg terdpt pd papan pemotong akan hilang.

HILANGKAN BAU KAKI
Utk mengatasinya kaki yg berbau apabila memakai kasut sarung atau tertutup, ambil limau nipis, potong2 & gosokkan pd kaki. Lakukan setiap ptg selepas menanggalkan kasut. Insya-allah bau kaki akan hilang.

HAPUSKAN KESAN KARAT PADA PAKAIAN
Utk hilangkan kesan karat pd pakaian, amalkan cara ini. Ambil sedikit garam, perahan air limau nipis & larutkan bersama air rendaman pakaian & biarkan semalaman. Keesokkannya cucilah spt biasa.

Banyak lagi kegunaan limau nipis.. tapi setakat ini sajalah untuk kali ini.. dah letih menaip.. hehe.. bye2.